Kelas Kdb Dan Microsoft Word
20 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2019 PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi dan Microsoft Word kepada para suri rumah dan juga pelajar lepasan SPM. Kelas ini menayangkan video cyber bully kepada peserta tersebut dan penerangan serba sedikit bagi memahami intipati yang terdapat dalam video tersebut. Video ini amat berguna kepada ibu-ibu bagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka supaya tidak terjadi bully cyber dalam kalangan anak mereka. Pada kelas kali ini mereka dibuat penilaian setelah apa yang telah dipelajari dari minggu-minggu yang lepas.
Mereka di beri tugasan membuat jadual yang melibatkan penggunaan border dan shading, tulisan bold dan juga huruf besar dan huruf kecil tanpa menggunakan caps lock pada papan kekunci. Selain itu mereka juga belajar mewarnakan jadual yang telah dibuat mengikut warna pilihan mereka sendiri. Didapati para peserta mampu untuk memahami dan mengingati komponen-komponen yang terdapat di dalam microsoft word terutamanya golongan suri rumah. Diharap para peserta dapat memanfaaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: